
Tiada Lagi Internet Explorer 8, 9 dan 10!
Microsoft mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan semua jenis sokongan perisian kepada aplikasi Internet Explorer 8, 9 dan 10 dan meminta pengguna untuk menaik taraf pelayar mereka ke versi yang terkini (Internet Explorer 11).
Pengguna juga mempunyai pilihan untuk menggunakan Microsoft Edge yang merupakan pelayar yang bakal menggantikan Internet Explorer tidak lama lagi. Bagi mereka yang enggan melakukan migrasi, anda boleh memadamkan fungsi kemas kini pada tetapan pelayar dan terus menggunakan versi lama.