
Kempen Shop Malaysia Online (SMO) di Shopee kembali untuk tahun kedua bagi memanfaatkan lebih ramai rakyat Malaysia melalui baucar diskaun, pulangan tunai dan subsidi penghantaran percuma yang akan membantu dalam pengurusan kos sara hidup. Pada tahun lepas, kempen Ringgit-ke-Ringgit di Shopee ini telah memanfaatkan lebih daripada 2.9 juta pembeli, menjana jualan bernilai lebih daripada RM540 juta untuk 80,000 penjual Malaysia di platform e-dagang tersebut.

SMO adalah sebuah inisiatif e-dagang oleh Kementerian Kewangan (MOF), dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) ditugaskan untuk memacu kempen ini dari sekarang hingga31 Disember 2021.
Pertama, Shopee akan memberi ganjaran menarik dalam bentuk baucar diskaun, pulangan tunai Syliling Shopee dan subsidi penghantaran percuma untuk pengguna Malaysia apabila mereka menyokong dan membeli daripada penjual tempatan yang memiliki label “ShopMalaysia”.
Kedua, Shopee akan berusaha untuk menarik pelanggan dan menjana aliran tunai kembali kepada peruncit luar talian seperti kedai makanan dan minuman, kedai serbaneka, farmasi dan banyak lagi melalui pulangan tunai dan diskaun sebanyak lebih daripada RM3. Ini boleh didapati di portal dalam aplikasi “Deals Near Me” apabila para pengguna membeli Baucar ShopeePay serendah 1 sen dan menebusnya dengan ShopeePay.
Ketiga, SMO bagi tahun ini juga melibatkan sokongan tambahan kepada penjual tempatan untuk mengeksport barangan mereka dan menembusi pasaran baharu. Shopee akan melaksanakan usaha ini menerusi Shopee International Platform (SIP), sebuah inisiatif rentas sempadan hujung ke hujung yang merangkumi logistik, pembayaran serta perkhidmatan pelanggan untuk penjual tempatan tanpa kos tambahan. Bagi jenama dan penjual Malaysia yang telah pun berjaya menembusi pasaran luar negara melalui SIP, platform e-dagang tersebut akan menawarkan manfaat istimewa seperti baucar diskaun, baucar pulangan tunai Syiling Shopee dan rebat penghantaran percuma untuk pelanggan mereka.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Shop Malaysia Online, layari https://shopee.com.my/m/smo2021.