
Aplikasi WhatsApp yang sebelum ini akan mengenakan bayaran USD 0.99 (RM 4.34) selepas tempoh 12 bulan penggunaan, kini menurut pihak WhatsApp mereka akan memberhentikan servis berbayar pada aplikasi ini. Bermakna aplikasi ini akan ditawarkan secara PERCUMA kepada semua pengguna di seluruh dunia, tiada lagi yuran langganan untuknya. Sejak dari hair ini, pihak WhatsApp telah mula mengaktifkan langganan percuma mereka dengan mengubah langganan perkhidmatan kepada semua pengguna menjadi “sepanjang hayat”.
Menurut mereka, langkah itu diambil seiring dengan kematangan operasi syarikat dan mereka mendapati pengenaan cas tidak akan diterima baik penggguna. Tambahan lagi, ramai pengguna WhatsApp tidak memiliki kad debit atau kredit, dan ini akan menyukarkan mereka untuk melakukan bayaran. Bagi memastikan pengguna tetap setia dengan servis WhatsApp, langkah penarikan balik cas tahunan telah dilakukan.


