Kini Anda Boleh Membeli Aplikasi Dari Play Store Dengan Maxis

1575
- Iklan -

00

Berita baik buat pelanggan pra-bayar dan pasca-bayar Maxis / Hotlink, baru-baru ini satu servis bayaran baru telah diaktifkan khas untuk anda. Sistem bayaran ini membolehkan anda membeli aplikasi dan kandungan yang terdapat di dalam Google Play Store dan dicas terus ke bil bulanan ataupun kredit semasa. Tetapi buat pengguna pra-bayar terdapat satu syarat yang diletakkan, anda haruslah melanggan internet mingguan atau bulanan untuk mengaktifkan servis ini.

Untuk mengaktifkan servis ini anda perlu lancarkan aplikasi Play Store dan pergi ke bahagian “My Account”. Selepas itu klik “Add Payment” dan pilih “Maxis Billing”. Selepas itu anda akan melalui proses pengesahan dan sebaik sahaja proses tersebut berjaya pilihan bayaran melalui Maxis akan dipaparkan.

meitu_0