HTC Dikhabarkan Akan Menghasilkan Model Nexus Seterusnya?!

Peranti Nexus 6P baru sahaja dilancarkan pada bulan Disember 2015 di pasaran Malaysia, baru-baru ini beberapa desas-desus mula timbul dengan berita bahawa HTC sedang bersiap sedia untuk menghasilkan smartphone Nexus akan datang.

htc_nexus_6_render

Melihatkan pada rekod terdahulu HTC, mereka sebelum ini telah menjadi pengeluar yang pertama memperkenalkan Nexus One, dan seterusnya tablet Nexus 9 pada tahun 2014 yang lalu. Ternyata mereka mampu menghasilkan peranti yang bermutu tinggi.

Apa sekali pun, ini hanya setakat desas-desus sahaja. Kita sama-sama menantikan ketibaan Nexus terbaru dan adakah benar HTC akan mengeluarkannya untuk tahun ini.

You might also like