
watchOS 2.2 Beta Menawarkan Fungsi Baru Untuk Aplikasi Apple Maps
Apple nampaknya telah melepaskan ketersediaan kemas kini watchOS 2.2 Beta untuk pembangun, dan ini jelas dapat dilihat bahawa Apple kini sedang berusaha untuk memperbaiki aplikasi Apple Maps pada peranti boleh pakai pertama keluarannya itu. Dengan kemas kini terbaru ini, aplikasi Apple Maps pada Apple Watch telah ditambahkan dengan akses navigasi pantas ke rumah atau tempat kerja daripada lokasi semasa anda. Selain itu, ia juga turut menawarkan fungsi Nearby yang sebelum ini telah diperkenalkan dalam aplikasi Apple Maps pada iOS 9. Ini bermakna pemilik Apple Watch boleh mencari tempat, restoran, stesen minyak, hospital dan banyak lagi dengan lebih mudah. Sebaik sahaja anda memilih kategori yang spesifik, senarai penuh nama perniagaan, jarak dari tempat anda berada, reviu, masa operasi dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, fungsi Nearby ini hanya tersedia untuk enam buah negara sahaja iaitu Australia, China, Kanada, Jerman, Perancis dan juga USA.
Screenshots fungsi ‘Nearby’ pada watchOS 2.2 :

