

Jenama telefon pintar terkemuka, Samsung pastinya berbangga dengan pencapaian yang digapai oleh mereka. Revolusi dalam penghasilan peranti oleh mereka dapat dilihat sejak dari dahulu hingga kini. Bagi meraikan ulang tahun kesepuluh siri flagship Samsung, kita akan menelusuri perjalanan Samsung.
Sejak dahulu lagi, Samsung membayangkan agar setiap elemen pada telefon bimbit akan mempunyai pelbagai fungsi.

Dengan penghasilan telefon TV pada tahun 1999 telah membawakan hiburan terus kepada anda sementara Samsung B600 yang dilengkapi dengan 10MP kamera telah membawa fotografi berkualiti tinggi dan telefon bimbit bersama.
Pada tahun itu juga, Samsung telah membangunkan ‘watch phone’ bagi mempertingkatkan produktiviti ketika di luar.
Memperbaiki pengalaman pengguna juga merupakan antara asas inovasi oleh Samsung. Pada tahun 2002, Samsung telah memperkenalkan paparan aktif matriks LCD yang sekaligus mendorong inovasi telefon pintar dalam teknologi paparan mudah alih yang sinonim dengan siri Galaxy.
Samsung telah berkolaborasi bersama Android untuk melangkaui batasan dalam teknologi telefon bimbit yang sekaligus memperlihatkan kelahiran siri Galaxy.

Pada tahun 2010, Samsung telah melancarkan peranti pertama siri Galaxy S. Dihadirkan dengan teknologi terkini termasuklah GPU yang berkuasa, 4 inci paparan Super AMOLED dan kamera 5MP, Galaxy S telah memberikan pengalaman yang menarik dan memudahkan kerja seharian. Rentetan dari itu, Galaxy SII dan Galaxy SIII telah mempamerkan prestasi yang lebih memberangsangkan.
Siri Galaxy sentiasa melangkaui sempadan dengan memperbaiki dan memperkembangkan pengalaman telefon pintar pada setiap peranti baharu. Bucu paparan yang melengkung pada skrin telefon pintar dizahirkan buat kali pertama yang sekaligus menghasilkan paparan yang lebih luas.
Pada tahun 2011 pula, Galaxy Note telah mencapai 1 kategori baharu iaitu paparan skrin yang lebih besar dan kemunculan S Pen.

Sememangnya Samsung telah memacu ke hadapan dan menjadi pendahulu dalam transformasi lanskap telefon bimbit.
Ketika Persidangan Pemaju Samsung 2018, Samsung memperkenalkan paparan Infinity Flex yang menandakan era baharu telefon pintar boleh lipat. Ia juga memperkenalkan antara muka baharu yang memberikan kepada pengguna pengalaman dan cara yang natural menggunakan telefon mereka.
Samsung juga ketika ini sedang giat untuk melebarkan sayapnya dalam rangkaian 5G yang mana mereka mempunya patern 5G yang lebih banyak berbanding syarikat lain. Samsung juga merupakan syarikat pertama yang menerima kelulusan FCC bagi Peralatan rangkaian 5G.
Baca juga:
- [ Tertiris Lagi ] Hands-On Samsung Galaxy S10+!
- Spesifikasi Lengkap Siri Samsung Galaxy S10 Tertiris!
- Lebih Sempurna?! Samsung Galaxy A90 Bakal Tampil Dengan Rekaan Pop Up Kamera?!
- Samsung perkenal Generasi Terbaharu Kualiti Gambar Dengan 8K Digital Signage Di ISE 2019
- [Tertiris] : Spesifikasi & Reka Bentuk Samsung Galaxy M30 Kini Muncul Di Media Sosial?

