Digi Ajak Rakyat Derma Peranti Terpakai Menerusi Kempen #MYBaikHati Bagi Membantu Pelajar B40 Dalam e-Pembelajaran

Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) menjemput rakyat Malaysia untuk menyertai #MYBaikHati, sebuah kempen pengumpulan peranti secara penyumberan orang ramai (crowdsourcing). Kempen ini bertujuan untuk menyediakan akses yang lebih baik bagi pembelajaran digital dan peluang yang sama rata kepada pelajar daripada komuniti berpendapatan rendah (B40) supaya mereka dapat terus maju di zaman digital ini.

Melalui kempen #MYBaikHati, Digi akan mengumpul peranti terpakai seperti telefon pintar, tablet dan komputer riba daripada masyarakat sekitar termasuk pelanggan serta kakitangannya untuk diperbaharui dan diedarkan kepada para pelajar  di kalangan B40. Kempen setahun yang dilancarkan semalam bermula di Lembah Klang, dan akan dikembangkan ke seluruh negara kelak.

Cara untuk menderma

Untuk menyertai kempen ini, rakyat Malaysia yang berada di Lembah Klang boleh menderma dengan cara dua pilihan mudah:

Jenis peranti yang diterima adalah telefon pintar, tablet yang menyokong teknologi 4G, Chromebook dengan Windows 8 ke atas serta komputer riba, dan disarankan untuk diserahkan bersama pengecas peranti tersebut. Peranti yang diterima mestilah dalam keadaan yang masih berfungsi dan tiada kerosakan besar, manakala peranti yang tidak memenuhi syarat akan dilupuskan dengan cara yang bertanggungjawab. 

Kesemua peranti yang didermakan akan dinilai, dibaik pulih dan seterusnya diedarkan kepada pelajar B40 yang layak di Pusat Internet Komuniti (PIK) Digi yang terpilih. Pelajar daripada golongan berpendapatan rendah boleh menyemak kelayakan mereka di PIK terdekat, yang mana nama mereka akan disahkan berdasarkan senarai B40 yang disediakan oleh kerajaan.

Seperti yang diumumkan oleh kerajaan semalam, #MYBaikHati merupakan inisiatif bersama sektor telekomunikasi untuk mengumpul peranti terpakai daripada orang ramai demi membantu memudahkan pembelajaran digital untuk pelajar dalam komuniti B40. 

Untuk maklumat lanjut mengenai MyBaikHati dan cara menderma, layari www.digi.com.my/yellow-heart/MyBaikHati.

You might also like