
CITIC Networks menjadi Rakan Kongsi Kesalinghubungan Big Data Exchange (BDx) di Pusat Data Nanjing
![]() |
BDx dan CITIC Networks akan Membolehkan Pelanggan Serantau dan Antarabangsa Berhubung Menerusi Salah Satu Kawasan Pertumbuhan Paling Pesat di China
HONG KONG, 19 Mac 2021 /PRNewswire/– Big Data Exchange (BDx), sebuah kluster pusat data Pan Asia bebas, mengumumkan CITIC Networks sebagai salah satu rakan kongsi kesalinghubungan di pusat data ramalannya di Nanjing, China. Kemudahan baharu ini, NKG1 yang terletak di tengah-tengah Delta Sungai Yangtze, merupakan salah satu wilayah ekonomi paling aktif di China dan bakal dilancarkan pada musim bunga ini. Perkhidmatan kesalinghubungan daripada CITIC Networks, sebuah syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi asas dengan struktur rangkaian yang kukuh di China, akan tersedia kepada pelanggan yang dihubungkan melalui pusat data BDx di Nanjing. Dengan CITIC Networks yang berfungsi sebagai rakan kongsi huluan, syarikat tersebut akan membolehkan pelanggan BDx dihubungkan ke rangkaian nasional yang berasal dari kemudahan Nanjing.
“Dengan bilangan aktiviti ekonomi yang semakin meningkat di Nanjing, penerimaan terhadap para penyedia kesalinghubungan seperti CITIC Networks adalah penting untuk kejayaan perniagaan dan komitmen kami untuk menyediakan perkhidmatan kolokasi bertaraf dunia kepada para pelanggan kami,” kata Bill Gao, Naib Presiden Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BDx di Wilayah Besar China. “Sebagai salah satu pengendali utama yang diluluskan oleh Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat, kami percaya CITIC Networks akan membantu kami menyediakan pilihan kesalinghubungan yang pelbagai dan berdaya tahan seperti yang dikehendaki oleh pelanggan kami supaya perniagaan mereka meningkat dan cemerlang.”
Pusat data NKG1 baru-baru ini menjadi pusat data Nanjing pertama yang menerima Pensijilan Tier III Uptime Institute bagi Dokumen Reka Bentuk, sekali gus memastikan infrastruktur BDx mematuhi piawaian industri. Kerjasama CITIC Networks akan memberikan pilihan kesalinghubungan yang unggul kepada pelanggan dengan memupuk rangkaian IP pusat data yang sangat berdaya tahan dan boleh diskala dengan sokongan kepelbagaian huluan untuk prestasi dan capaian yang lebih baik.
“Sebagai salah satu pengendali telekomunikasi asas di China, CITIC Networks sangat mengalu-alukan kerjasama dengan BDx di Nanjing serta kawasan domestik lain dalam bidang rangkaian jarak jauh, sambungan Internet, kesalinghubungan awan dan banyak lagi bagi memenuhi keperluan pengguna dalam sambungan rangkaian dengan perkhidmatan yang berkualiti tinggi,” kata Jiao Gang, Pengurus Besar CITIC Networks. “BDx mengendalikan perkhidmatan Pusat Data Antarabangsa (IDC) di rantau Asia Pasifik. China merupakan rantau IDC terbesar di Asia Pasifik dan CITIC Networks, dengan sumber sambungan yang banyak di China, membantu mengembangkan perniagaan IDC BDx.”
Pelanggan Nanjing akan turut memperoleh akses kepada portal Single Pane BDx yang membolehkan mereka saling berhubung di seluruh kluster BDx dan juga kepada awan awam serta pusat data pihak ketiga dengan hanya satu klik.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang lokasi tambahan, perkhidmatan kolokasi, perkhidmatan terurus BDx dan banyak lagi, sila layari www.bdxworld.com.
Tentang BDx
Big Data Exchange (BDx) merupakan kluster pusat data Pan Asia dengan lokasi di seluruh Hong Kong, tanah besar China dan Singapura. Penyelesaian awan hibrid, kesalinghubungan dan kolokasi yang unik menawarkan keselamatan dan kebolehpercayaan yang tiada tandingan untuk infrastruktur IT pelanggan globalnya. Sebagai penyedia pembawa yang neutral, BDx mencipta ekosistem hibrid yang selamat dengan tawaran SoftConnect BDx, Armour BDx dan Single Pane BDx yang menyediakan penyelesaian kesalinghubungan di seluruh Asia. Dengan menggunakan modul automatik BDx, BDx mampu menyediakan pelanggan dengan tahap penyesuaian yang menyaingi pesaing dalam kecekapan dan kos, menawarkan mereka kemampuan untuk mengelola rak fizikal dengan kemudahan yang sama seperti bekerja di awan awam. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari www.bdxworld.com atau ikuti kami di Twitter dan LinkedIn.
Tentang CITIC Networks
CITIC Network Co., Ltd., yang ditubuhkan pada tahun 2000 merupakan anak syarikat kelas pertama CITIC Group Co., Ltd., China dengan modal berdaftar bernilai Yuan4.48 bilion.
CITIC Network adalah salah satu daripada lima pengendali perkhidmatan telekomunikasi asas dengan binaan lapisan rangkaian asas dan berkelayakan untuk menjalankan operasi di China. Ia mempunyai lesen perniagaan telekomunikasi asas untuk perniagaan transmisi data domestik A14-2, perniagaan perkhidmatan kemudahan komunikasi domestik A26 dan lesen perniagaan telekomunikasi tambah nilai bagi perniagaan rangkaian peribadi maya Internet domestik B13 dan perniagaan perkhidmatan akses Internet B14. CITIC Network bertanggungjawab ke atas pembinaan, pengurusan dan operasi rangkaian struktur fiber optik nasional dan Rangkaian Ekspres China. Ia menerapkan pengurusan rangkaian nasional berpusat dan bersepadu, dengan konfigurasi perniagaan yang pantas dan cekap serta mengagihkan kelajuan. Ia melaksanakan pengurusan pemantauan rangkaian dan tindak balas perkhidmatan selama 24 jam dengan kebolehpercayaan rangkaian yang tinggi dan ketersediaan rangkaian tidak kurang daripada 99.9%.
Hubungan Media:
Jaymie Scotto & Associates (JSA)
pr@jsa.net
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Licensing/marketing agreements
Source: PRNEWSWIRE