
Nintendo Switch, Konsol Hibrid Nintendo Sudah Pun Dilancarkan
Nintendo sudah pun mengumumkan konsol permainan yang ditunggu-tunggu ramai peminat mereka. Konsol hibrid dikenali sebagai Switch diperkenalkan kepada umum beberapa bulan lalu dan semenjak itu telah menjadi bualan yang hangat, kini ia bakal menjadi lebih panas dengan pelancaran rasmi konsol itu dan mari kita tengok apakah sebenarnya Nintendo Switch.
Nintendo Switch menawarkan paparan sentuh 6.2 inci pada resolusi 1280 x 720 pixels apabila digunakan di dalam mod mudah alih. Apabila dipasangkan ke dok, Switch ini mampu mengeluarkan visual beresolusi Full HD 1080p melalui sambungan HDMI ke TV. Nintendo mengatakan bahawa Switch menggunakan pemproses Nvidia Tegra versi khas namun mereka enggan mengeluarkan maklumat yang lebih khusus berkenaan pemproses grafik tersebut.
Dari segi kapasiti, Switch mempunyai 32GB memori dalaman, agak kecil bagi pendapat kami jika dibandingkan dengan konsol-konsol utama lain yang ada di pasaran yang sudah pun mencapai kapasiti terabyte. Walau bagaimanapun, kapasiti tersebut boleh ditambah melalui kad microSD dan juga dibantu dengan sistem GameCards di mana permainan akan disediakan di dalam bentuk fizikal yang sekaligus mengurangkan penggunaan kapasiti dalaman konsol.
Jangka hayat bateri Switch boleh bertahan dari 2.5 sehingga 6 jam bergantung kepada kualiti grafik yang ditetapkan ketika bermain dan juga. Konsol ini juga menggunakan sambungan USB-C, sesuatu yang amat baik memandangkan semakin banyak peranti mudah alih kini pun sudah menggunakan sambungan itu. Switch juga boleh disambungkan ke Internet melalui sambungan Wi-Fi dan juga menyokong sehingga 8 konsol Switch di dalam permainan LAN.
Nintendo Switch akan dijual pada harga USD 299 (kira-kira RM 1,334.44)

