Andy Rubin (Pengasas Android) Bakal Mengumumkan Projek Baru

1Andy Rubin, salah seorang pengasas sistem operasi Android, dilaporkan sedang bersiap sedia untuk mengumumkan projek besar yang sedang diusahakan beliau selepas dua tahun meninggalkan Google. Menurut laporan, beliau merancang untuk mendedahkan syarikat barunya, Essential, dalam masa terdekat. Essential dikhabarkan akan melancarkan telefon pintar berkelas flagship tanpa bezel untuk bersaing dengan Apple iPhone 7 Plus dan Google Pixel XL.

Rubin dilaporkan mempunyai 40 orang pakar yang bekerja dengannya sebagai teras utama pasukan Essential. Pakar-pakar ini dikumpulkan dari pelbagai tempat, majoriti ahli pasukan ini terdiri daripada mereka yang pernah bekerja dengan Google dan Apple.

Terdapat beberapa versi laporan mengenai smartphone yang akan dikeluarkan Essential. Salah satu laporan mengatakan peranti tersebut mungkin akan mempunyai beberapa persamaan dengan telefon konsep Xiaomi Mi MIX. Ada juga laporan yang mengatakan, Essential akan menghasilkan peranti yang menggunakan konsep modular seperti yang diperlihatkan Lenovo dalam Moto Z melalui Moto Mods.

Essential dikatakan akan melancarkan smartphone pertama mereka sekitar pertengahan tahun 2017, namun masih tiada sebarang khabar angin mengenai sistem operasi, tidak ada sebarang petunjuk sama ada Rubin akan menggunakan Andoid atau pun terdapat pilihan alternatif lain.

You might also like