

eRing baru saja terima jemputan kejutan dari Acer, jenguk je kat design kad jemputan ini, tidak susah pun nak tahu apakah peranti yang bakal diperkenalkan.
Dengan slogan “SO THIN, IT’S UNBELIEVABLE”, kemungkinan besar akan melancarkan laptop paling nipis yang mempunyai ketebalan hanya 9.98mm. Acer Swift 7 sebelum ini telahpun diperkenalkan pada IFA 2016 pada September lalu, kini akhirnya tiba di pasaran tempatan.
Nipis tidak menjadi satu halangan bagi Acer untuk menghasilkan Swift 7, meletakkan Windows 10 yang dipacu pemproses Core i5 generasi ke 7, RAM 8GB dan 256GB SSD, membuktikan bahawa sebuah laptop yang nipis dan ringan juga mampu menawarkan prestasi yang tinggi.
Adakah betul jangkaan kami? Tunggu hari pelancaran pada 16 November nanti. Jangan lupa tandakan tarikh kat kalendar ya~