
Minecraft: Education Edition adalah permainan berdasarkan dunia terbuka dan direka untuk mengalakkan budaya kreativiti dan juga kolaborasi dalam bilik darjah. Kini permainan ini telah pun dilancarkan untuk pengguna di rantau Asia Pasifik termasuk Malaysia.
Dengan pelancaran ini ia turut hadir dengan sebuah aplikasi pelengkap untuk pengajar, yang dikenali sebagai Classroom Mode di mana ia memudahkan komunikasi dengan pelajar. Menurut Microsoft, penggunaan Minecraft: Education Edition di dalam bilik darjah bertujuan memberi peluang kepada para pejalar untuk lebih bermotivasi dalam belajar. Selain itu, juga akan memupuk keyakinan diri semasa menyelesaikan sesuatu masalah yang ditujukan.