Instagram Menguji Fungsi Pembelian Dari Tag Gambar

1Tengah dok asyik melayan gambar kat Instagram mesti kadang-kadang korang tersangkut minat tengok barang yang dijual kat Instagram kan. Jadi lepas tu korang pun tinggalkan komen DM kat penjual, tunggu pulak dia respon, dah dapat respon korang nego pulak, macam lama je kan proses sebelum nak beli barang.

Mungkin tak lama lagi mudah untuk korang shopping dari dalam aplikasi Instagram, sebab sekarang ni mereka tengah menguji fungsi ni kat pasaran US dengan jenama-jenama seperti Kate Spade dan JackThreads. Penjual akan meletakkan tag informasi pada gambar produk, namun ia tidak ditunjukkan secara automatik. Apabila korang tap bahagian “Tap To View” pada gambar produk, barulah informasi-informasi seperti harga, saiz dan deskripsi dipaparkan kepada korang. Lepas tu korang boleh terus beli produk tersebut dengan butang “Shop Now

Kami tak ada informasi bilakah fungsi ini akan dilancarkan secara rasmi, buat masa kini hanya sejumlah kecil pengguna iOS di US sahaja dapat mencuba fungsi ini, tapi apa yang kami boleh komen adalah fungsi ini memang bagus untuk kaki shopping dan juga peniaga online.

You might also like