
Paten Peranti Boleh Lipat Apple
Susah nak menjangkakan konsep teknologi masa hadapan kerana kita kerap kali dikejutkan dengan fungsi dan ciri yang mengejutkan dari pengeluar. Salah satu cara untuk kita menjangkakan apa yang bakal hadir pada masa hadapan adalah dengan melihat daftar paten dan pembangunan perkakasan dan komponen.
Satu paten peranti Apple telah bocor dengan imej memaparkan sebuah peranti boleh lipat yang mengingatkan kita kembali ke zaman di mana peranti mobil boleh lipat Razr adalah satu peranti yang cukup cool. Konsep seperti ini membolehkan Apple meletakkan skrin yang lebih luas kepada peranti sambil mengekalkan saiz yang kompak apabila peranti tidak digunakan.
Lakaran paten ini hanyalah konsep dan tiada garis masa tertentu bilakah kita dapat melihat peranti ini direalisasikan, boleh jadi ianya akan berkubur begitu sahaja, ataupun ada pihak lain yang mengeluarkan peranti dengan skrin boleh lipat terlebih dahulu, kita tunggu dan lihat.