Magnify News Reader, bacaan RSS yang mempunyai antaramuka yang cantik

1-iconMagnify adalah salah satu aplikasi bacaan RSS yang mempunyai antaramuka yang cantik untuk pengguna peranti Windows Phone. Anda boleh menetapkan sumber bacaan yang anda mahu pada menu tetapan aplikasi dan artikel dari sumber tersebut akan dipaparkan berdasarkan tarikh penerbitan.edit

Bagi memudahkan anda membaca artikel, aplikasi ini juga menyokong bacaan ketika di luar talian, anda cuma perlu simpan artikel yang anda mahu, kemudian anda boleh mengakses artikel tersebut walaupun anda tidak mempunyai sambungan data Internet. Selain itu aplikasi ini juga mempunyai sokongan bacaan waktu malam, skrin bacaan akan bertukar kepada skema warna gelap bagi memudahkan anda membaca tanpa menyakitkan mata.

Muat Turun:

You might also like