
Apple AirPods mula-mula diperkenalkan dengan pelbagai ejekan dari kalangan orang ramai atas rekaan yang digunakan padanya, tetapi kini ia menjadi satu simbol status sehingga ramai pengeluar earphone turut mengikut rekaan sebegini.
Walaupun AirPods tidak seperti siri iPhone yang akan melancarkan model baharu setiap tahun, namun terkini terdapat ura-ura mengatakan Apple bakal memperkenalkan AirPods Pro pada hujung bulan ini.
Penggunaan nama “Pro” pada AirPods kali ini hadir dengan 4 pilihan warna yang sangat premium, iaitu Hitam, Putih, Kelabu dan Emas yang dikatakan menggunakan bahan logam pada badannya. Apa yang pro lagi adalah ia kini menyokong Active Noise Cancelling serta sistem audio yang lebih berkualiti, harga jualan dijangka $260 (~RM1087).
__________________
BACA JUGA:
- AirPods 3 Dijangka Hadir Dengan Sokongan Kalis Air – Bakal Diperkenal Pada Tahun Ini?
- Pra-Tempahan Apple Watch Series 5 Akan Bermula 25 Oktober 2019 Di Machines
- iPad Terbaharu Kini Tiba Di Malaysia – Hadir Dengan Sokongan Apple Pencil & Smart Keyboard!





