Neffos C5 Plus Kini Di Perkenal Ke Pasaran Pada harga RM249

2573
- Iklan -

 

TP-Link kini memperkenalkan 1 lagi telefon pintar yang dikenali sebagai Neffos C5 Plus yang memberi fokus kepada saiz skrin dan jangka hayat bateri pada harga sekitar RM249.

Peranti ini di dilengkapi dengan paparan skrin 5.34 inci FullView dengan nisbah 18:9. Peranti ini juga turut memberi fokus terhadap kualiti gambar dengan ketepatan warna skrin.

Bagi memberikan pengalaman yang baik kepada pengguna, Neffos telah memilih Android Go yang merupakan versi ringan sistem operasi Android. Justeru, ia mampu membuka aplikasi dengan 15% lebih pantas berbanding edisi telefon yang bukan versi Android Go.

Ketika anda melayari internet menggunakan mobile data, Data Saver akan dihidupkan yang mana akan menggurangkan penggunaan data.

Bagi memastikan penggunaan telefon ini boleh bertahan lama, ia telah disertakan dengan bateri dengan kapasiti 2200mAh. Terdapat mod penjimatan tenaga yang dikenali sebagai Power Saving mode yang mampu memanjangkan hayat bateri.

Dari aspek kamera pula. ia disertakan dengan 5MP di bahagian belakang. Disertakan dengan HDR, Burst dan Panorama. Bagi mengambil gambar swafoto, C5 Plus dihadirkan dengan 2MP pada kamera hadapan.

Telefon ini menyokong sambungan 3G dan mempunyai 2 slot kad sim dan 1 slot kad mikroSD yang mana anda boleh menambah sehingga 64GB.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari laman sesawang Neffos atau ikuti Neffos di Facebook, Instagram dan Twitter.

Baca juga: