Lampu LED Pada Logo Apple Bakal Diimplementasikan Untuk iPhone?!

- Iklan -

Lampu LED yang dikenali ramai pada peranti Android, tidak pernah ada pada iPhone sejak perkenalan awal. Fungsi ini dilihat agak penting bagi pengguna Android sebagai tanda notifikasi, namun tidak bagi pengguna Apple.

Terkini, dikhabarkan bahawa Apple bakal meletakkan lampu LED pada logo Apple sebagai lampu notifikasi sepertimana MacBook milik mereka. Menurut paten terkini yang didaftar, lampu pada logo Apple ini boleh dilaras di mana ia direka dalam satu lapisan lutsinar dan bukannya dari dalam iPhone.

[ Ujian Ketahanan Bateri – iPhone 11 Pro Max Menewaskan HUAWEI Mate 30 Pro! ]

iPhone 11 Pro Max berjaya menjadi juara dalam ujian ketahanan bateri, berbanding HUAWEI Mate 30 Pro & Samsung Galaxy Note 10+

Adakah ini akan menjadi benar? Tidak tentu kerana ia hanya paten sahaja, sebarang maklumat lanjutan perlu menunggu pihak Apple memberikan pengesahan.

[ SUMBER ]

 

You might also like