
Ujian Ketahanan Bateri – iPhone 11 Pro Max Menewaskan HUAWEI Mate 30 Pro!
Youtuber terkenal Mrwhosetheboss baru-baru ini telah berkongsi sebuah video yang menguji ketahanan bateri pada siri iPhone 11, HUAWEI Mate 30 Pro dan Samsung Galaxy Note 10 Plus.
Ramai yang teruja dengan keputusannya kerana iPhone 11 Pro Max berjaya menewaskan HUAWEI Mate 30 Pro menjadi juara dalam ujian tersebut, dengan keupayaan bertahan selama 8 jam 32 minit berbanding Mate 30 Pro yang mampu bertahan selama 8 jam 13 minit.
Sangat tertarik pada prestasi bateri iPhone kali ini kan?! Menurut Mrwhosetheboss, iPhone 11 Pro Max adalah peranti yang paling baik dari segi ketahanan bateri berbanding peranti yang pernah digunakan oleh dia sebelum ini.

