Kempen “Raya Dengan Shopee” – Tawar Kelainan Ganjaran Berganda

1411
- Iklan -

Shopee melancarkan kempen “Raya Dengan Shopee” sempena perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi. Kempen ini berlangsung bermula HARI INI hingga 6 Jun depan.

Melaluinya, Shopee menawarkan pelbagai tawaran menarik melalui aplikasi Shopee yang mampu untuk memenuhi segala kelengkapan bagi persiapan raya. Sepanjang kempen ini, pelanggan bakal menikmati diskaun sehingga 80% daripada 600 jenama dan lebih 450,000 penjual di platform tersebut berserta pelbagai tawaran hebat lain. Antaranya :

  • 200% pulangan tunai¬†Cashback Day pada setiap hari Isnin
  • Shocking Sale pada setiap hari dengan tawaran serendah RM1 (setiap hari rabu).
  • Goyang Shopee – Ganjaran Shopee Coins, baucar dan hadiah berjumlah sehingga RM5 juta (setiap hari Jumaat).
  • Shopee Live – Promosi secara langsung pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 8.30 malam dan 9.30 malam.
  • Shopee Quiz – Terdapat 8 soalan mudah dan ganjaran Shopee Coins sehingga 2 juta untuk dimenangi (setiap Isnin – Jumaat, jam 12 tengah hari).

Bersempena pelancaran kedai rasmi Isetan di Shopee, mereka turut berbesar hati menawarkan potongan harga sehingga 20% dengan perbelanjaan minimum RM50 apabila mereka menggunakan kod ISETANRY.

Menambah keriangan, Shopee juga berbesar hati menawarkan diskaun untuk berbuka puasa di beberapa tempat menarik seperti Coffee Bean & Tea Leaf, Kenny Rogers dan bufet Ramadan di hotel terkenal.

Selain kelengkapan persiapan raya, Shopee turut menyediakan tawaran rumah kediaman, motosikal dan kereta. Melaluinya, pengguna boleh membeli rumah kediaman yang ditawarkan oleh SP Setia (harga bermula RM262,000) di Shopee dengan rebat sehingga 25% dan baucar RM3,888.

Shopee juga memperkenalkan Shopee AutoMall – membolehkan pengguna membeli kenderaan daripada pelbagai jenama dengan penawaran menarik. Antaranya, tempahan serendah RM1, kadar faedah dari 1.8% untuk setiap tahun, diskaun sehingga 29% dan pelbagai tawaran menarik lain.