Selamat Menyambut Samsung Galaxy J6+ & J4+ – Harga Bermula RM699

Sebelum menyambut perasmian “A Galaxy Event” pada 11 Oktober nanti, Samsung Malaysia hari ini secara rasminya memperkenalkan dua ahli baharu siri J – Galaxy J6+ dan Galaxy J4+.

Direka untuk memberikan prestasi yang luar biasa pada harga jualan yang berpatutan, Galaxy J6+ dan J4+ hadir dengan skrin 6 inci HD+, di samping paparan Infinity turut dibekalkan untuk pengalaman visual yang luar biasa.

3 pilihan warna bagi Galaxy J6+

Bagi bahagian penggambaran pula, Galaxy J6+ dilengkapi dwi kamera utama 13MP + 5MP bersama f/1.9 + f/2.2 aperture, sementara kamera hadapan beresolusi 8MP f/1.9 aperture. Lain pula dengan Galaxy J4+ yang lebih entry-level, kamera utama dan hadapan masing-masing beresolusi 13MP (f/1.9) dan 5MP (f/2.2). Ciri-ciri menarik seperti Stamp, Filter, AR Sticker dan Selfie focus turut disokong pada siri Galaxy J baharu ini.

3 pilihan warna bagi Galaxy J4+

Samsung Galaxy J6+ dan J4+ boleh dibeli di semua kedai Samsung Experience dan laman e-dagang dengan tawaran harga RM999 dan RM699. Galaxy J6+ tersedia dalam tiga pilihan warna iaitu Kelabu, Hitam dan Merah, manakala Galaxy J4+ juga mempunyai tiga pilihan warna iaitu Pink, Emas dan Hitam.

Spesifikasi Ringkas Galaxy J6+ / J4+
  • Quad-core 1.4GHz
  • (J6+) 4GB RAM, 64GB ROM
  • (J4+) 2GB RAM, 32GB ROM
  • Sokong kad microSD sehingga 512GB
  • (J6+) Pengimbas cap jari (sisi kanan)
  • Dual Nano SIM
  • Bateri 3,300mAh
  • 161.4 x 76.9 x 7.9mm / 178g

 

Baca Juga:

 

 

You might also like