CIMB Pay, Transformasi Dari Aplikasi CIMB Deals Dengan Sokongan Terbaru

iconPemilik kad kredit dan debit CIMB kini boleh menikmati servis terbaru pembayaran atas talian menggunakan sentuhan smartphone dengan terminal bayaran. Melalui aplikasi CIMB Pay yang dinaik taraf dari CIMB Deals, anda kini boleh pergi ke mana-mana kedai dan stor jualan yang menyokong sistem pembayaran online dan membayar menggunakan smartphone anda.

Muat turun aplikasi dari Google Play Store dan masukkan butiran kad kredit / debit anda. Selepas itu anda akan melalui proses sekuriti dan verifikasi, apabila selesai semua proses anda sudah boleh mula menggunakan smartphone untuk melakukan pembayaran. Di dalam aplikasi ini juga anda boleh mendapatkan tawaran menarik dari pelbagai syarikat dan perniagaan.

bsh

You might also like