
Baru-baru ini U Mobile mengumumkan AEON Credit Service telah bekerjasama dengan mereka dalam skim MicroCredit. Selepas ini AEON akan bertindak sebagai pembekal kredit kepada pembelian iPhone melalui skim yang sebelum ini menggunakan servis Berjaya Credit.
U Mobile telah mengemas kini informasi pada laman web mereka yang kini memaparkan kadar bayaran baru yang telah diselaraskan dan pelbagai informasi lain. Kini kadar faedah bagi pinjaman-pembelian bernilai bawah RM 3,000 adalah 15% dan 1.1% bagi pinjaman lebih RM 3,000. Kadar pendapatan minimum juga telah dikurangkan dari RM 1,00 kepada RM 500. Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membeli iPhone melalui pelan MicroCredit, sila layari https://www.u.com.my/umicrocredit

