
Pelan Zerolution dari Maxis merupakan pelan pembelian peranti yang pertama di Malaysia yang menawarkan pertukaran peranti menjelang tempoh matang (12 bulan). Kini, satu lagi syarikat telco hadir dengan menawarkan pakej hampir serupa dengan konsep Zerolution.
Celcom baru-baru ini telah memperkenalkan pelan NewPhone yang membolehkan pengguna Celcom memiliki peranti dan menaik taraf peranti ke model terbaru setiap tahun. Kepada mereka yang telah menggunakan servic Celcom selama lebih 12 bulan, anda akan menerima sedikit kelebihan kerana Celcom menawarkan pengecualian pembayaran pendahuluan tiga bulan. Selain itu Celcom tidak akan mengikat komitmen anda pada pelan tertentu, anda bolhe memilih mana-mana pelan Celcom untuk menikmati pakej NewPhone. Untuk maklumat lebih lanjut, layari https://www.celcom.com.my/personal/services/newphone



