
Kotak Pembungkus HUAWEI Mate 30 Pro Porsche Design Tertiris Juga?!
8 malam ini kita akan menyambut kehadiran siri HUAWEI Mate 30 dalam pelancaran global di Munich, walaupun belum tiba masanya diumumkan namun telah banyak berita didedahkan secara keseluruhan di laman sesawang.
[ THROWBACK: KEJAYAAN HUAWEI SELAMA 6 TAHUN ]
Reka bentuk siri Mate 30 memperlihatkan pembinaan kamera bulat pada panel belakang, bersama skrin penuh dengan takuk di hadapan. Terkini tampil pula edisi Porsche Design yang mana tetap menggunakan kombinasi warna klasik merah dan hitam, di samping penggunaan kulit pada kerangka Mate 30.
Rekaan pada kamera utama agak lain dengan siri Mate 30, kerana dilihat ia tampil dengan susunan 2×2 bersegi empat. Buat masa kini tiada sebarang maklumat mengenai edisi terhad ini, yang pasti ia adalah peranti premium.

_____________________
BACA JUGA:
- Terdedah! Spesifikasi Rasmi HUAWEI Mate 30 Pro!
- Gambar Sebenar HUAWEI Mate 30 Pro Terdedah? Serius laa!!!
- [TERTIRIS] : Kotak Pembungkus HUAWEI Mate 30 Kini Bocor
- Spesifikasi Penuh HUAWEI Mate 30 Pro Bocor Sebelum Pelancaran Rasmi

