
Terdedah! Spesifikasi Rasmi HUAWEI Mate 30 Pro!
Dua hari lagi siri HUAWEI Mate 30 akan diperlihatkan secara global di Munich, pelbagai pendedahan dikongsi di laman sesawang termasuk spesifikasi penuh yang dikhabarkan sebelum ini.
Terkini ada sumber memaparkan spesifikasi rasmi HUAWEI Mate 30 Pro, menerusi gambar tertiris boleh dipercayai Mate 30 Pro bakal menggunakan cip pemproses Kirin 990 7nm yang berprestasi tinggi.
Tambahkan lagi, konfigurasi kamera yang menjadi perbualan hangat memperlihatkan dwi kamera utama 40MP + 8MP + 3D ToF yang memfokuskan super HD kualiti serta rakaman video berkelajuan tinggi.
Kapasiti bateri Mate 30 pula adalah 4,200mAh sementara Mate 30 Pro adalah 4,500mAh, kedua-duanya turut menyokong pengecasan pantas 40W dan pengecasan pantas tanpa wayar 27W.
Semakin teruja dengan siri Mate 30 kali ini, bukan?! Sama-sama nantikan laporan terpantas dan terkini dari kami di Munich!

