Laptop / PC Serba Serbi Terbaik! Dapatkan Serendah RM999! Check It Out~

Sekarang ni kalau korang perasan, orang berlumba-lumba nak beli laptop dan PC. Almaklumlah, laptop / PC sekarang dah jadi macam satu keperluan. Kalau bercerita bab membeli, seronok memang seronok. Tapi, kalau salah beli memang merana. Nak nak pulak kalau laptop / PC tu tak dapat penuhi kriteria yang korang nak – menangis!

So, hari ni kami nak share antara laptop / PC terbaik yang korang boleh consider. Memang nampak gah dan eksklusif. Percayalah! Dah la nipis, ringan pulak tu! Spec?! Hmm jangan cakaplah memang terkini beb! Design pun lawa, serba serbi baru. Baiklah mempersembahkan – JOI Book 80, JOI Book 100 & JOI Book 150 dan JOI All-In-One! Tapi, apa agaknya yang korang boleh expect dengan semua ni? Jom weiii kita usha-usha…

 

JOI Book 80

CPU: Intel® Celeron N3350 Dual Core™ | Grafik: Intel® HD Graphics 500MHZ | Sistem Operasi: Windows 10 | RAM: 4GB LPDDR3 | Storage: 64GB | Hard Drive: M.2 SATA SSD sokong sehingga 512GB | Skrin: 12.5″ FHD IPS | Kamera: 2MP | Bateri: 30.4Wh | Berat: 1.63kg

Hmm, saiznya tak terlalu besar dan kualiti binaan sangat premium. Tapi, apa yang penting ia ringan sekaligus menjimatkan ruang dan mudah di bawa ke mana-mana sahaja! JOI Book 80 sememangnya pilihan ideal dan sesuai untuk semua tugasan (multitasking) – tidak kira sama ada untuk kerja atau bermain.

Dilengkapi skrin bersaiz 12.5” FHD IPS, ia dibina dengan paparan bezel nipis bersama nisbah skrin-ke-kerangka yang tinggi – Memang layan habis kalau begini kan? Pandangan korang pun confirm tak terganggu. Dikuasakan oleh Intel® Celeron N3350 dan dibantu Intel® HD Graphics 500MHZ – ia pastinya memberi pengalaman penggunaan lebih lancar dan hebat yang tiada tandingan. Fulamak mantap betul ni…

JOI Book 80 didatangkan dalam dua pilihan warna “eye catchy” yang menarik seperti gold dan silver. Dengan memori 4GB LPDDR3 dan storan 64GB, serta hard drive M.2 SATA SSD yang mampu menyokong sehingga 512GB, korang boleh miliki laptop ini pada harga sangat affordable sesuai dengan bajet iaitu RM999 sahaja! Lebih menarik, ia juga disertakan jaminan waranti selama satu tahun.

 

JOI Book 100 & 150

CPU: Intel® Celeron N3450 (JOI BOOK 100) / Intel® Celeron N4100 (JOI BOOK 150) | Grafik: Intel® HD Graphics 500 (JOI BOOK 100) / Intel® UHD Graphics 600 (JOI BOOK 150) | Sistem Operasi: Windows 10 | RAM: 4GB | Storage: 32GB | Hard Drive: M.2 SATA SSD sokong sehingga 512GB | Skrin: 14.1 ” IPS FHD | Kamera: 2MP | Berat: 1.35kg

Memang slim! Superb…JOI Book 100 & 150 dibina dengan rekaan ultra nipis – jadi tak adalah beban sangat nak bawa kan? FUHH! Dengan binaan minimalis dan berkualiti tinggi, confirm korang akan menjadi tak keruan bila tengok laptop ni. Spec pun boleh tahan tau!

Dikuasai sistem pemproses Intel® terkini, Intel® Celeron N3450 (JOI BOOK 100) / Intel® Celeron N4100 (JOI BOOK 150) – nikmati lebih prestasi berganda yang diperlukan untuk bekerja sambil berhibur. Selain itu, penawaran memori dan storan juga dilihat memadai untuk kegunaan korang dengan konfigurasi 4GB RAM bersama storan 64GB dan hard drive M.2 SATA SSD (sokong sehingga 512GB) – memudahkan lagi penyimpanan dokumen.

Harga pun tak lah sampai kena jual buah pinggang pun, murah je gais! JOI Book 100 boleh dimiliki dengan harga RM1,199. Manakala, JOI Book 150 pula bernilai RM1,299. Setiap pembelian juga didatangkan dengan waranti selama satu. Tersedia dalam tiga pilihan warna : Grey dan Gold (JOI BOOK 150) dan Rose Gold (JOI BOOK 100).

 

JOI All-In-One

CPU: Intel® Celeron J3160 | Grafik: Intel® HD Graphics 400 | Sistem Operasi: Windows 10 | RAM: 4GB DDR3L (dikembangkan hingga 8GB) | Storage: 256GB SSD (dikembangkan hingga 1TB) | Skrin: 19.5″ HD LCD | Kamera: 2MP | Bateri: 65W | Berat: 2.9kg

JOI All-In-One, sebuah laptop yang serba boleh (All-In-One) – tidak kira untuk kerja mahupun  tugasan harian, keperluan korang pasti dapat dicapai dalam sekelip mata! Dengan binaan skrin sebesar 19.5″ HD LCD bersama ruang bezel yang nipis, ia mampu menyajikan pengalaman PC yang menakjubkan dengan tontonan luar biasa. Bayangkan ditambah lagi dengan gabungan pemproses dan grafik terkini, pasti takkan mengecewakan korang – Bukan janji, tapi pasti!

Dari segi penawaran memori pun tak nak kalah – 4GB RAM ditambah dengan storage sebesar 256GB , siap pakej boleh dikembangkan lagi! Cayalah, senanglah korang lepas ni. Tak pening lagi pasal memori. Pasal harga? Jangan risau, pasti mampu milik punyalah! RM1,499 disertakan jaminan waranti selama satu tahun! Berbaloi kan?!

Aha! Okay kan? kan? kan? Kalau korang teringin, jangan lupa dapatkan hari ini juga! Borong banyak sikit okay?  Maklumat lanjut, boleh layari JOI Malaysia atau hubungi di talian 1-700-817-616.

Selamat bershopping geng!!!

 

You might also like