Muzik Live Melalui Virtual Reality

1.1Syarikat penyiar media versi virtual reality, NextVR dikhabarkan telah menjalin kerjasama dengan Live Nation bagi membawakan pengalaman konsert seolah-olah anda berada di mana konsert berlangsung untuk peminat muzik serata dunia. Sekiranya anda ingin merasai pengalaman konsert yang imersif, anda memerlukan aplikasi NextVR dan Samsung Gear VR.

NextVR dan Live Nation masih merahsiakan lagi informasi apabila ditanyakan berkenaan konsert dan artis manakah yang akan dibawakan mereka melalui teknologi ini dan hanya berkata ia akan hadir tidak lama lagi.

Setakat ini, rancangan sukan seperti NBA, NFL dan perlawanan bola sepak merupakan rancangan yang disiarkan secara langsung menggunakan teknologi VR. Dijangkakan dalam masa beberapa tahun teknologi VR akan mengubah cara masyarakat menikmati rancangan televisyen dan media video.

 

You might also like