eRing Dijemput Secara Eksklusif Ke Majlis Pelancaran Huawei P9 Peringkat Pasifik Selatan

Berlokasi di Bali, Indonesia, eRing telah dijemput secara eksklusif oleh Huawei untuk menghadiri majlis pelancaran siri terbaru Huawei P9 yang berlangsung baru-baru ini sempena Persidangan Huawei Pasifik Selatan. Selain eRing dan juga beberapa wakil media dari Malaysia, majlis ini juga turut dihadiri oleh media dari 6 buah negara yang lain termasuklah Singapura, New Zealand, Filipina, Australia, Papua New Guinea dan juga Indonesia. Jemputan ini sekaligus memberi peluang kepada eRing untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan Huawei P9 yang sememangnya telah mendapat liputan yang meluas di Internet sebelum ini!

Sekarang, biar eRing membawa anda melangkah masuk ke majlis pelancaran Huawei P9!

pelancaran siri terbaru Huawei P9 ini telah berlangsung di Bali Nusa Dua Convention Center.
Pelancaran siri terbaru Huawei P9 ini telah berlangsung di Bali Nusa Dua Convention Center.
Penggunaan slogan "THE NEW CHOICE #OO" merupakan simbolik yang digunakan untuk menggambarkan keupayaan penggambaran LEICA dengan sokongan dwi kamera yang dimiliki oleh Huawei P9.
Penggunaan slogan “THE NEW CHOICE #OO” merupakan simbolik yang digunakan untuk menggambarkan keupayaan penggambaran LEICA dengan sokongan dwi kamera yang dimiliki oleh Huawei P9.
Huawei P9 Plus (kiri) dan Huawei P9 (kanan) kedua-duanya tampil dengan dwi kamera dengan sentuhan daripada LEICA, tetapi keunikan Huawei P9 Plus adalah kemasan kerangka dengan efek brushed metal yang unik sekiranya anda memilih warna Quartz Grey.

Huawei P9 Lite (kiri) masih mengekalkan penampilan reka bentuk yang mirip seperti P9 (kanan) tetapi penggunaan kerangka logam telah digantikan dengan kerangka jenis polikarbonat.

Huawei P9 Plus (kiri) menampilkan saiz skrin yang lebih besar iaitu 5.5 inci dengan paparan AMOLED, manakala Huawei P9 (kanan) pula menyokong paparan IPS-NEO LCD berukuran 5.2 inci.

Huawei P9 menawarkan ciri-ciri premium secara keseluruhannya, sekaligus memberikan lebih pilihan kepada pengguna yang inginkan sebuah peranti flagship.

Huawei P9 varian 32GB + RAM 4GB tampil dengan 3 warna pilihan menarik iaitu Titanium Grey, Haze Gold dan juga Mystic Silver.

Ketiga-tiga siri Huawei P9 ini telah dipamerkan pada majlis tersebut bagi memberi peluang kepada media untuk mencuba sendiri kehebatan dan keunikannya.

You might also like