Into The Wild Dibuka Di Muzium ArtScience, Marina Bay Sands – Pengembaran Maya Di Bandar

Kolaberasi antara Lenovo, Google, WWF dan penggiat seni Singapura, Brian Gothong Tan melalui kerjasama Panasonic serta Qualcomm telah membina kawasan seluas 1000 meter persegi untuk pengguna mengalami kesenokan ruang maya hutan menggunakan telefon pintar.

Di sana para pengunjung dapat melihat keindahan alam semula jadi hutan-hutan di Asia Tenggara. Into the Wild adalah sebahagian daripada komitmen jangka panjang Lenovo untuk menjadikan realiti bertambah diakses kepada seberapa ramai orang yang mungkin.

Sebagai mana yang kita ketahui, Lenovo Phab 2 Pro antara satu-satunya telefon pintar yang berpotensi untuk melalukan tugas ini. Dengan kehadiran paparan skrin QHD, navigasi dalaman, kebolehan AR, Lenovo Phab 2 Pro adalah alat yang sempurna untuk memberikan pengguna kandungan realiti maya  yang menakjubkan.

Into the Wild bermula di tingkat Muzium ArtScience 2. Menggunakan Lenovo Phab 2 Pro, telefon pintar Tango pertama dibangunkan di dunia, dikuasakan oleh Qualcomm® Snapdragon™ 652, pengunjung akan menjadi seorang renjer hutan yang sedia mengembara dalam realiti maya. Selain itu, pengunjung akan bertemu beberapa penduduk utama hutan hujan Asia Tenggara dan belajar tentang bahaya yang mungkin mereka hadapi.

Jika anda mengunjungi Singapura, anda boleh juga singgah Into The Wild di Marina Bay Sands.

You might also like