‘Shopee 9.9 – Mobile Shopping Day’ Tampil Dengan Pelbagai Tawaran Menarik Dalam Tempoh 24 Jam!

pic 1Selaku peneraju laman jual beli pengguna-ke-pengguna di Asia Tenggara, Shopee telah menganjurkan inisiatif ‘Shopee 9.9 – Mobile Shopping Day’. Dengan dijangkakan bakal menjadi festival membeli-belah mudah alih yang terbesar, Shopee akan menawarkan pelbagai tawaran menarik untuk pengguna, termasuklah bidaan secara langsung melalui telefon pintar, pilihan barangan istimewa pada harga di bawah RM9 dan juga tawaran menarik dari rakan kongsi eksklusif.

pic 2Bagi menjadikan tarikh 9 September itu lebih istimewa, Shopee telah menyenaraikan rakan kongsi seperti Maybank, Digi dan juga Tune Protect untuk turut serta dalam festival tersebut. Pada tarikh ini juga, pelanggan Shopee di negara ini boleh mendapatkan pelbagai tawaran, promosi seperti Flash Sales yang dijual pada harga yang sangat rendah. Bahkan Shopee Malaysia juga akan turut mengadakan bidaan mudah alih secara langsung melalui Facebook Live, yang mana pelanggan berpeluang untuk memiliki telefon pintar menarik seperti Samsung Galaxy Note7 dan Huawei P9 dengan bidaan yang bermula pada harga serendah RM9.90.

pic 3 Sekiranya anda berminat untuk menyertai program ini, aplikasi Shopee Malaysia boleh dimuat turun secara percuma melalui Apple App Store atau Google Play Store.pic 4

You might also like