OPPO A7 Dilancarkan Di India – Telefon Pintar Swafoto Kelas Pertengahan!

Penggambaran dwi-kamera 13MP f/2.2 + 2MP f/2.4.

OPPO Global baru-baru ini telah melancarkan model terbarunya dalam kelas pertengahan yang diberi nama OPPO A7 untuk pasaran China, Nepal, Sri Lanka dan terbaru India. Menawarkan paparan skrin 6.2-inci HD+ (1520×720 piksel), telefon pintar ini menggunakan skrin bertakuk kecil sebesar titisan air.

Dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 450 dengan OS Android 8.1 Oreo + ColorOS 5.2 bersama dua pilihan memori RAM 4GB dan 3GB serta storan berkapasiti 32GB. Menyokong penggambaran dwi-kamera 13MP f/2.2 + 2MP f/2.4 untuk rakaman bokeh, sementara kamera swafoto pula hadir dengan sensor 16 Megapiksel dengan teknologi AI.

Sesuai untuk mereka yang suka bermain permainan mudah-alih.

Spesifikasi lain yang disokong adalah bateri berkapasiti 4,230mAh di samping memori tambahan melalui slot kad microSD sebesar 256GB. Menurut laman rasmi OPPO Global, peranti ini didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu Glaze Blue dan Glaring Gold. Harga yang ditawarkan bagi OPPO A7 bakal dijual dengan tanda harga Rs. 16,990 (kira-kira RM1,009).

Sokong bateri sebesar 4,230mAh
Dioperasikan oleh OS Android 8.1 Oreo + ColorOS 5.2.

[SUMBER]

Baca juga:

You might also like