Memperkenalkan Dua Smartwatch Pertama Yang Akan Menggunakan Android Wear 2.0

Android Wear 2.0 baru sahaja dirasmikan dan Google telah memperkenalkan dua smartwatch dari LG yang akan menggunakan sistem operasi terbaru itu. Ayuh kita kenali dengan lebih dekat kedua-dua smartwatch ini.

LG Watch Sport

LG Watch Sport adalah versi pertama siri terbaru ini, selain menyokong Android Wear 2.0, smartwatch ini mempunyai paparan POLED 1.38 inci, dengan resolusi 480 x 480 piksel. LG Watch Sport menggunakan pemproses Qualcomm Snapdragon Wear 2100, bersama-sama dengan 768MB RAM. LG juga menambah 4GB ROM kepada smartwatch ini untuk anda memasukkan fail seperti lagu dan lain-lain.

LG Watch Sport juga dilengkapi kebolehan selular dan GPS, jadi anda tidak perlu membawa smartphone anda ketika di luar kerana jam tangan ini boleh melakukan dan menerima panggilan. Ciri-ciri lain yang ada pada smartwatch ini adalah cip NFC untuk servis Android Pay, sensor kadar jantung, kelas IP68 dan bateri 430mAh dengan fungsi pengecasan tanpa wayar. Smartwatch ini boleh didapati dalam 2 warna yang berbeza: Titanium dan Dark Blue.

Harga: USD 379.99 (kira-kira RM 1,688.87)

 

LG Watch Style

LG Watch Style pula hadir dengan paparan 1.2 inci beresolusi 360 × 360 piksel. LG Watch Style juga menggunakan pemproses Qualcomm Snapdragon Wear 2100 Wear, 512MB RAM dan 4GB ROM.

Bateri pada model ini mempunyai kapasiti yang lebih rendah, iaitu sebesar 240mAh yang juga menyokong fungsi pengecasan tanpa wayar. Selain itu ia juga mempunyai fungsi dan kebolehan yang agak terhad berbanding model Sport, namun masih menyokong fungsi asas seperti accelerometer, gyroscope dan sensor cahaya sekitar.

Harga : USD 249.99 (kira-kira RM 1111.08)
You might also like