HONOR 30 Lite Kini Rasmi – Dijual Pada Harga Bermula Dari Kira-Kira RM1031!!

527

HONOR terus mengorak langkah dengan turut memperkenalkan satu lagi peranti terbahrunya yang dikenali sebagai HONOR 30 Lite Yang mana ia dijual pada harga RMB1,700 iaitu kira-kira RM1031.

Peranti ini dihadirkan dengan skrin yang sedikit becil berbanding HONOR X10 Max yang mana ia hadir dengan 6.5″ LCD FHD+. Menariknya, ia dihadirkan dengan kadar segar semula sebanyak 90Hz.

Dari aspek kuasa dalaman pula, ia tampil dengan pemproses MediaTek Dimensity 800 dan dipadankan dengan RAM sehingga 8GB dan storan sebesar sehingga 128GB.

Dari aspek kamera pula, ia dihadirkan dengan sistem 3 kamera bagi kamera belakang iaitu 48MP + 8Mp + 2MP. Manakala bagi kamera hadapan pula, ia hadir dengan 16MP.

Kapasiti bateri juga boleh tahan apabila ia dihadirkan engan 4000mAh. Ia juga tampil dengan sokongan 5G.