
Panasonic Eluga I3 Mega Bertemu Pengguna Di India
Walaupun Panasonic bukan terkenal sangat dalam pengeluaran telefon pintar, tetapi usaha yang ditunjukkan oleh Panasonic ini sentiasa diteruskan sehingga mereka melancarkan model Eluga I3 Mega. Jika dikenang kembali nama ‘Mega’ ini, ia diguna pakai pada peranti sekitar tahun 2013 sehingga 2014, justeru, pengeluar sekarang lebih kepada penggunaan nama ‘Plus’ pada peranti-peranti yang dikeluarkan mereka.
Eluga I3 Mega hadir dengan pemproses lapan teras 1.3GHz pada RAM 3GB, saiz storan 16GB serta menyokong slot kad microSD sehingga 128GB. Manakala paparan mempunyai skrin sebesar 5.5 inci juga datang bersama gelas kaca 2.5 darjah melengkung.
Di belakang terdapat kamera 13 Megapiksel lensa sudut lebar, diikuti depan 5 Megapiksel dengan kuasa bateri 4,000mAh yang diintegerasi oleh Android 6.0 Marshmallow. Peranti ini menyediakan warna Champagne Gold atau Silver yang dijual di pasaran India dengan harga INR11,490 (kira-kira RM761).