ASUS ZenPad 3S 8.0 Ditampilkan

Acara Computex yang sedang berlangsung di Taipei telah disertai oleh beberapa pengeluar termasuk ASUS, jadi secara senyap mereka telah melancarkan tablet terbaru ZenPad 3S 8.0. Peranti ini menggunakan kod Z582KL yang hadir dengan set cip Snapdragon 652 bersama RAM 3GB malah juga ditawarkan dalam varian RAM 4GB, storan pula menerima sebanyak 32GB dan 64GB.

ZenPad 3S 8.0 ini mendapat perisian Android 7.1 Nougat dan paparan skrin 7.9 inci dengan resolusi 1536 x 2048 yang boleh dikatakan agak kompak berbanding model ZenPad 3S 10 yang mula dijual di Malaysia bermula tahun lepas.

Kamera pada tablet ini disediakan 13 Megapiksel di belakang, manakala 5 Megapiksel di bahagian depan yang hadir dengan bodi diperbuat daripada aluminium sepenuhnya.

Spesifikasi selanjutnya tidak diumumkan lagi malah harga juga masih samar-samar.

You might also like