Qualcomm Akan Membekalkan Snapdragon 845 Pada LG G7?!

LG G6

LG tidak mahu ketinggalan lagi seperti yang terjadi pada peranti LG G6 baru-baru ini yang menggunakan cip pemproses Snapdragon 821, sedangkan banyak pengeluar lain menggunakan Snapdragon 835 pada keluaran flagship mereka. Oleh itu, Qualcomm sedang berbincang dengan pihak LG bagi membekalkan cip pemproses Snapdragon 845 terbaru untuk penggunaan tahun hadapan.

Cip pemproses ini dijangka akan menjimatkan tenaga pada peranti lantas bateri boleh bertahan dengan lebih lama. Memandangkan LG sedang giat membina teknologi VR yang memerlukan keupayaan pemprosesan data yang lebih tinggi, jadi kerjasama ini amat baik buat kedua-dua pihak.

You might also like