
Larangan Berswafoto di Masjid Nabawi & Masjidil Haram, Tabung Haji (TH) Masih Menanti Kerajaan Arab Saudi

Hangat berita mengenai kerajaan Arab Saudi yang telah mengharamkan jemaah berswafoto di dua masjid yang menerima bilangan pengunjung yang ramai iaitu Masjid Nabawi di Madinah dan Masjidil Haram di Mekah.
Keputusan yang dibuat ini adalah berikutan gelagat pengguna yang terlalu asyik dengan penggunaan telefon pintar dan berswafoto sehinggakan mengganggu para jemaah lain yang ingin beribadat.

Buat masa ini, Tabung Haji (TH) masih menanti maklumat rasmi daripada kerajaan Arab Saudi berkenaan isu ini seperti laporan beberapa portal tempatan dan antarabangsa.
Sumber : Astro Awani & The Star

