
ZTE Bakal Lancar Peranti Dengan Kamera Di Bawah Skrin?? Betul Ke Ni?
Pasti korang sudah tidak sabar menantikan peranti yang tampil dengan kamera di bawah skrin. Ada satu desas desus yang mana ZTE bakal memperkenalkan peranti ini dipasaran.

Teaser tidak memperlihatkan sebarang gambar peranti mahupun tarik pelancaran namun ia dikhabarkan menggunakan nama ZTE A20 5G.
Sama-sama kita nantikan kesahihannya ketika ia dilancarkan kelak!