
Instagram Menambah Ciri Terbaru Lagi – Ciri Efek Muka Pula Ditawarkan
Instagram mula memberikan pengalaman yang lebih menarik kepada 700 juta penggunanya dengan membawa ciri-cir terbaru, salah satunya ialah ‘efek muka’, dengan efek-efek khas ini pengguna boleh menggunakannya di dalam fungsi stories, seterusnya boleh dikongsikan kepada kenalan secara individual. Ciri ini jelas kelihatan meniru persembahan yang terdapat di dalam aplikasi laman sosial Snapchat. Gambar atau rakaman video yang diambil melalui stories akan dipadamkan secara automatik dalam masa 24 jam.
Selain itu, fungsi rewind juga diperkenalkan, dimana video yang diambil akan diputarkan secara kebelakang. Syarikat yang dimiliki oleh Facebook ini nampkanya ingin menarik lebih ramai lagi pengguna media sosial lantas meninggalkan aplikasi Snapchat jauh di belakang.