
ASUS ZenFone 3 Max Sudah Mula Menerima Kemaskini Android 7.1.1 Nougat – Model ZC553KL

Peranti ASUS ZenFone 3 Max (ZC553KL) telah mula menerima kemaskini Android 7.1.1 Nougat terbaru. Manakala, model ASUS ZenFone 3 Max (ZC520TL) belum menerima sebarang kemaskini buat masa sekarang. Menurut ASUS ia mengambil masa selama seminggu untuk menyebarkan setiap kemaskini pada setiap model.
Bagi pengguna yang terlibat sila pergi ke halaman tetapan dengan menekan Settings / Menu / System Update dan cuba untuk memuat turun ia secara manual. Malangnya, tiada sebarang maklumat kandungan mengenai kemaskini, cuma peringatan untuk kemaskini kepada Android 7.1.1 Nougat sahaja.

Telefon pintar ASUS Zenfone 3 Max (ZC553KL) merupakan peranti pertengahan yang menfokuskan kepada kapasiti bateri yang besar iaitu 4100mAh dengan 30 hari masa menunggu dan kamera utama sebesar 16 Megapiksel. Sementara, ia juga boleh dijadikan sebagai powerbank kepada peranti yang lain. Ia juga dilengkapi dengan pengimbas cap jari yang pantas untuk sistem keselamatan.

- notis tentang kemaskini
- sebelum kemas kini
- selepas kemas kini
- paparan Quick Settings menerima perubahan
- paparan halaman Settings menerima perubahan
- fungsi Multi-Window
Apa tunggu lagi, kemas kini sekarang!

