Google Street View Kini Bawa Anda Ke Stesen Luar Bumi

Fungsi Google Street View ialah pelayar untuk melihat lorong-lorong rumah atau kedai atau jalan raya dengan memasukkan alamat dan nama jalan. Walau bagaimanapun, untuk meneroka lorong-lorong atau tiub-tiub di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) yang berada di luar planet bumi belum pernah dibuat orang lagi kecuali anda seorang angkasawan.

Oleh itu, pembangun pelayar Google Street View dan NASA telah bekerjasama mewujudkan pemandangan dalam stesen tersebut untuk dilihat oleh orang ramai hanya dari kaca skrin di rumah. Lawatan maya ini membawa anda meneroka bagaimana suasana kehidupan seorang angkasawan apabila berada jauh dari bumi.

Rakaman ini mempu dilihat 360 darjah di kesemua modul, termasuk pusat kawalan dan stor simpanan makanan. Di samping itu, anda juga boleh melihat bagaimana stesen itu menerima bekalan-bekalan dari planet bumi.

Jika anda memiliki sebuah alat VR di rumah, anda boleh gunakannya bagi menambah pengalaman seperti seorang angkasawan yang tidak bertauliah. Google Street View di ISS kini boleh dilihat dari pelayar komputer dan telefon bimbit anda mulai hari ini.

You might also like