
OPPO Malaysia akan mengadakan jelajah OPPO F5 pada 11 November ini di Sunway Pyramid, AEON Bandar Dato Onn, dan Sunway Carnival Mall. Jelajah ini akan turut menampilkan tiga selebriti iaitu Fattah Amin, Min Chen, dan artis terkenal Taiwan iaitu Eric Chou.

50 pembeli terawal di jelajah Sunway Pyramid, Kuala Lumpur akan berpeluang berjumpa dengan Eric Chou untuk mendapatkan tandatangan serta berswafoto sebagai kenangan. Manakala, 30 pengunjung terawal yang berada di AEON Bandar Dato Onn (Johor) dan Sunway Carnival Mall (P.Pinang) juga akan berpeluang mendapatkan tandatangan di samping berswafoto bersama Fattah Amin dan Min Chen.

Bagaimanapun, jika anda berminat untuk membuat tempahan secara atas talian atau di kedai fizikal, anda akan diberikan beg galas Barcelona, pelindung skrin, dan sarung peranti OPPO F5 secara percuma. Selain itu, Celcom Blue Cube dan SenHeng juga menawarkan pembelian secara ansuran.
Tidak cukup dengan itu, kedai konsep OPPO juga melancarkan program ‘Member Special’ dimana ahli akan menerima 2x mata ganjaran serta 20% potongan harga untuk aksesori. Untuk bukan ahli, rebat 20% akan diberikan untuk semua aksesori kecuali Selfie Stick dan Now2 Series.

Dengan berbelanja sebanyak RM1,298, telefon pintar tercanggih OPPO F5 boleh didapati dengan pilihan warna emas atau hitam.
**11 November 2017, 3 petang**
- Sunway Pyramid, Kuala Lumpur
- AEON Bandar Dato Onn, Johor
- Sunway Carnival Megamall, Pulau Pinang

