SKMM Beri Anugerah Kepuasan Pengguna Terbaik Kepada Celcom

Celcom Axiata Berhad sebagai peneraju telekomunikasi dengan 10 juta pengguna baru-baru ini menerima ‘Anugerah Kepuasan Pengguna Terbaik’ daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Anugerah kepada Celcom diberikan oleh kerana syarikat ini sangat bersungguh-sungguh memperbaiki perkhidmatannya. SKMM berpendapat Celcom sentiasa memastikan data peribadi pengguna mereka sentiasa terjamin serta dilindungi.

(dua dari kanan) Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari bersalaman dengan Rene Werner

Selain itu, pasukan khidmat pelanggan yang berdidikasi dan bersemangat dalam membantu para pelanggan perlu dicontohi oleh rakan telkom yang lain.

Anugerah daripada SKMM ini disampaikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari kepada wakil Celcom iaitu Rene Werner, Ketua Perkhidmatan Pelanggan dan Pengalaman Celcom Axiata Berhad.

Dalam masa sama, Celcom berjanji akan terus meningkatkan pengalaman pelanggan serta memastikan perlindungan digital menjadi keutamaan dan kepentingan utama syariakat.

You might also like