Meizu M6 Note Dilancarkan Bersama Snapdragon 625 Dan Dwi Kamera

Seperti yang dijadualkan, Meizu baru sahaja melancarkan sebuah telefon pintar kelas pertengahan dalam siri M iaitu Meizu M6 Note. Peranti ini juga hadir dengan set cip Snapdragon 625, sekaligus menjadikan ia yang pertama menggunakan cip buatan Qualcomm.

Peranti ini memiliki paparan skrin 5.5 inci HD penuh dan pengimbas cap jari yang juga berfungsi sebagai butang Home. Kelengkapan dwi kamera juga menerima sensor 12 Megapiksel Sony IMX362 dengan aperture f/1.9 dan kamera sekunder 5 Megapiksel untuk efek bokeh. Penggambaran di dalam cahaya yang terhad turut dibantu oleh 4-LED flash. Manakala kamera depan pula dilengkapi sensor 16 Megapiksel bersama aperture f/2.0.

Meizu M6 Note dioperasikan oleh Android 7.1.2 Nougat dan antaramuka Flyme OS 6.0 melalui bateri 4,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W mCharge.

Meizu M6 Note didatangkan dalam tiga varian berbeza iaitu RAM 3GB/16GB, 3GB/32GB, dan 4GB/64GB, masing-masing dijual pada harga CNY1,099 (RM705), CNY1,299 (RM833), dan CNY1,699 (RM1,090). Peranti ini menyediakan pilihan warna seperti hitam, biru, dan emas.

You might also like