Kad SIM Prabayar U Mobile WeChat Go Tawar Data Tanpa Had Untuk Pelancong Dari China

Dari kiri : Jasmine Lee, Lionel Sim, Wong Heang Tuck, dan Nancy Zhuo.

U Mobile hari ini telah mengumumkan kerjasama dengan WeChat untuk melancarkan kad SIM terbaharunya iaitu U Mobile WeChat Go yang dikhususkan untuk pelancong dari China. Dengan menggunakan kad SIM prabayar ini, pelancong dari China boleh menikmati data tanpa had untuk aplikasi permesejan sosial WeChat dan juga langganan Lingcod TV secara percuma. Malah mereka juga dapat menikmati data tanpa had untuk penstriman lebih daripada 100,000 jam filem berdefinisi tinggi, dokumentari, serta kandungan berasaskan pendidikan dari China.

Selain itu, kad SIM U Mobile WeChat Go yang pertama di negara ini turut menawarkan sokongan perkhidmatan tambahan yang menarik seperti 1GB data perantauan ke Singapura, Thailand dan Indonesia, serta panggilan IDD percuma ke China atau panggilan dari Malaysia selama 60 minit.

Kad SIM U Mobile WeChat Go ini boleh didapati bermula daripada 6 Disember 2017, dan pelancong dari China boleh membeli pek SIM prabayar ini melalui peruncit-peruncit Sunway Media di China sebelum memulakan perjalanan mereka ke negara ini. Kad SIM ini juga boleh didapati di 138 kedai U Mobile di seluruh Malaysia, termasuk di lapangan terbang antarabangsa seperti KLIA dan KLIA 2.

You might also like