- Iklan -

Reviu Eksklusif: Huawei MediaPad M3 Lite, Prestasi Bunyi Terjamin

HARGA: RM 999

Memandangkan pengguna kini lebih tertumpu pada telefon pintar, kebanyakan pengeluar tidak lagi aktif menghasilkan tablet dan memasarkannya. Dari kesempatan itu, Huawei Malaysia  mengumumkan MediaPad M3 Lite telah dibawa masuk ke pasaran tempatan dan mula dijual secara rasmi.

Apa yang menarikya, Huawei telah meletakkan daya tarikan yang tinggi ke atas peranti ini dengan kehadiran speaker Harmon Kardon untuk meningkatkan lagi prestasi bunyi pada tablet ini. Nak tahu apa lagi fungsi menarik yang disediakan pada tablet ini, teruskan membaca selanjutnya.

 

PERBEZAAN SPESIFIKASI

 

PAKEJ PEMBELIAN

  1. Kotak pembungkusan
  2. Huawei MediaPad M3 Lite
  3. Kabel microUSB
  4. Adapter pengecas
  5. Buku panduan & Buku waranti
  6. Pin slot
  7. Sarung pelindung kulit

 

 

REKA BENTUK

Skrin HD Penuh

Berbeza dengan rekaan tablet sebelum ini yang hadir dengan rekaan berkotak yang tidak selesa untuk dipegang, kini tidak lagi dengan MediaPad M3 Lite kerana ia menampilkan rekaan 2.5D pada bahagian sisi tablet supaya lebih selesa dipegang dalam jangka masa lama. Bukan itu sahaja, ia juga hadir dengan paparan skrin lebih kecil berbanding model sebelumnya iaitu 8.0 dengan resolusi HD penuh.

 

Pengimbas Cap Jari

Bahagian bawah skrin telah menempatkan satu sensor pengimbas cap jari dengan rekaan mirip seperti butang Home jenis capacitive. Selain pantas, anda boleh terus mengaktifkan paparan skrin apabila peranti dalam mod sleep.

 

Butang Power, Volume & Slot SIM

Sisi kanan tablet ini telah digunakan secara optima apabila menempatkan butang Power dan juga butang laras Volume. Tidak cukup dengan itu, sisi kanan juga menempatkan slot kad SIM dan microSD.

 

Port & Speaker

Seperti biasa, pada bahagian atas tablet telah tersedia sebuah port audio 3.5mm jack serta sebuah speaker. Manakala bahagian bawah pula menempatkan sebuah lagi speaker, port microUSB 2.0 serta lubang mikrofon.

 

Panel Belakang

Panel belakang kelihatan ringkas di mana hanya menempatkan lensa kamera 8 Megapiksel tanpa LED flash, tulisan Huawei serta Harmon Kardon.

 

FUNGSI ISTIMEWANYA PADA MEDIAPAD M3 LITE

  1. Paparan Landskap

Salah satu keistimewaan dapat dilihat pada MediaPad M3 Lite adalah kebolehan memaparkan antaramuka dan juga menu di dalam gaya landskap. Ini secara langsung memudahkan pengguna untuk membuat kerja mahupun pembentangan dengan menyambungkan peranti ini pada LCD memandangkan ia menyokong mod landskap.

 

  1. Sokong Panggilan

Huawei MediaPad M3 Lite turut menyokong panggilan audio dan juga video kerana ia dibekalkan dengan slot kad SIM jenis nano untuk anda. Namun begitu, anda perlu menggunakan loud speaker ataupun Bluetooth headset untuk membuat atau menjawab panggilan kerana tablet ini tidak menyediakan earpiece.

 

  1. Penggambaran

Masih mengekalkan penggambaran yang sama seperti MediaPad M3, penggambaran utama dan hadapan beresolusi 8 Megapiksel tidak dilengkapi dengan bantuan LED flash. Namun begitu, ia hadir dengan pelbagai pilihan mod seperti Pro Photo, HDR, Panorama, Beauty dan beberapa lagi. Manakala penggambaran swafoto pula menyokong mod Beauty serta Panorama yang memudahkan pengguna mengambil gambar swafoto secara berkumpulan.

 

  1. Split Screen

Dioperasikan oleh EMUI 5.1, kehadiran fungsi Smart Split 3.0 pula membolehkan anda membuat tugasan dengan mudah! Jika menerima Email mahupun SMS ketika sedang menonton video, anda boleh terus membaca mesej sambil menonton video tanpa perlu mengaktifkan fungsi ini terlebih dahulu.

 

  1. Speaker

MediaPad M3 Lite pastinya digemari oleh golongan audiophile kerana tablet ini memfokuskan kepada sokongan audio.

Huawei meletakkan ciri hiburan tambahan iaitu sistem audio Harmon Kardon yang mampu memainkan muzik sehingga 40 jam dan 9 jam, di tambah dengan adanya dua buah speaker yang terletak di bawah tablet.

 

  1. Kid’s Nook

Salah satu fungsi yang kami suka pada tablet ini adalah Kid’s Nook, ia sesuai untuk digunakan pada anak-anak kerana dapat memantau aktiviti anak-anak agar tidak menyalahgunakan tablet ini. Selain itu, terdapat beberapa fungsi menarik yang disediakan dalam mod ini seperti rakaman video, kamera, multimedia dan juga Kids Painting. Anda juga boleh menetapkan masa untuk anak-anak bermain tablet.

 

  1. Pengimbas Cap Jari

Tablet ini tidak kecuali dilengkapi dengan fungsi pengimbas cap jari bagi menghalang daripada diakses oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Lebih menarik, pengguna mengaktifkan paparan skrin walaupun ketika berada dalam mod sleep serta ia juga boleh mengakses sebanyak lima jari dalam satu-satu masa.

 

  1. Permainan Mudah Alih

Tablet ini sangat sesuai untuk mereka yang gemar bermain permainan mudah alih, ini kerana ia menawarkan paparan skrin yang besar iaitu 8.0 inci serta dibekalkan dengan RAM berkapasiti 3GB.

Malah kehadiran pemproses Qualcomm Snapdragon 435 dan Adreno 505 mampu memaparkan grafik yang sangat lancar pada MediaPad M3 Lite ini.

 

HASIL GAMBAR

Indoor
Indoor (Low Light)
Outdoor
Makro
Outdoor
Swafoto

 

KOMEN

PRO
  • Menampilkan rekaan 2.5D yang lebih selesa dipegang berbanding tablet yang ada di pasaran.
  • Dioperasikan oleh Android 7.0 Nougat serta sokong pemproses berkuasa pada harga di bawah RM1000.
  • Memfokuskan kepada golongan audiophile dengan sokongan sistem dwi audio Harmon Kardon.
  • Mod Kid’s Nook sangat sesuai untuk anak-anak yang ingin menggunakan tablet ini.
  • Sensor pengimbas cap jari mampu menghalang daripada diakses oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
  • Menyediakan sarung pelindung kulit dalam pakej pembelian.

 

KONTRA
  • Menawarkan kapasiti bateri yang lebih kecil berbanding model sebelumnya.
  • Tidak menyokong fungsi pengecasan pantas membuatkan peranti ini perlu dicas agak lama.
  • Kamera depan 8 Megapiksel tidak seperti telefon pintar yang beresolusi sama.

 

You might also like