


Pembukaan tahun 2017 ini telah memperlihatkan kemunculan siri terbaru daripada HTC U dengan pengenalan dua buah model yang telah mendapat perhatian ramai iaitu HTC U Ultra dan juga U Play.
Dengan gabungan rekaan baru kerangka logam dan juga kaca pada panel belakangnya, kedua-dua model ini turut dilengkapi dengan teknologi pintar yang mampu menyerlahkan personaliti setiap penggunanya melalui sokongan sistem revolusi terbaru HTC yang dikenali sebagai HTC Sense Companion.


HTC yang sememangnya terkenal dengan keupayaannya dalam menampilkan rekaan premium yang berkualiti ini nampaknya sekali lagi telah memperkenalkan permukaan kaca 3D dengan pantulan cahaya yang kelihatan sangat unik dan menarik. Sebagai tambahan, HTC U Ultra telah menampilkan satu kelainan berbanding model keluarannya sebelum ini dengan sokongan skrin kedua yang sentiasa aktif pada bahagian atas paparan skrinnya yang berukuran 5.7 inci. Ini bermakna anda bukan sahaja akan sentiasa peka dengan penerimaan notifikasi penting, bahkan boleh mengakses aplikasi dengan lebih mudah dan pantas.

HTC U Ultra akan ditawarkan dalam tiga warna iaitu Brilliant Black, Cosmetic Pink dan juga Sapphire Blue yang dijual pada harga RM2,999. Manakala HTC U Play yang dijual pada harga RM1,899 pula boleh dimiliki dalam dua warna pilihan iaitu Black Oil dan Iceberg White. Bagi anda yang berminat untuk memilikinya, HTC U Ultra boleh didapati melalui pengedar sah tempatan mulai awal Mac 2017 dan HTC U Play pula tersedia di pasaran pada penghujung bulan yang sama.

HTC U Ultra (RM 2,999)
- Android 7.0 dengan HTC Sense
- Qualcomm Snapdragon 821
- Quad Core 2.15 GHz
- ROM 64GB / RAM 4GB / microSD (sehingga 2TB)
- Skrin Utama: 5.7 inci Super LCD 5 (1440 x 2560 piksel), Corning Gorilla Glass 5
- Skrin Kedua: 2.0 inci (1040 x 160 piksel)
- Kamera Utama: 12 Megapiksel HTC UltraPixel 2
(1.55 ɥm, f/1.8, Laser Auto Focus, PDAF, OIS) - Kamera Depan: 16 Megapiksel HTC UltraPixel
- Speaker mono dengan HTC USonic & HTC BoomSound
- Bateri 3000 mAh (Quick Charge 3.0)
HTC U Play (RM 1,899)
- Android 7.0 dengan HTC Sense
- MediaTek Helio P10
- Octa Core 2.0 GHz
- ROM 64GB / RAM 4GB / microSD (sehingga 2TB)
- 2 inci Super LCD (1080 x 1920 piksel), Corning Gorilla Glass
- Kamera Utama: 16 Megapiksel (1.0 ɥm, f/2.0, PDAF, OIS)
- Kamera Depan: 16 Megapiksel HTC UltraPixel
- Speaker mono dengan HTC USonic
- Bateri 2500 mAh (Fast Charge 5V/2A)



