MWC 2019 Shanghai: Lenovo Dedah Telefon Pintar 5G Terbaharu, Dikenali Sebagai Lenovo Z6 5G Edition

MWC Shanghai 2019 yang sedang hangat berlangsung turut memperlihatkan beberapa syarikat memperkenalkan peranti terbaharu mereka. Lenovo juga tidak mahu ketinggalan apabila mendedahkan peranti terbaharu daripada mereka iaitu Lenovo Z6 Pro 5G Edition.

Peranti ini dikuasakan oleh octa-core Snapdragon 855 SoC bersama dengan Snapdragon X50 5G modem. Jadi peranti ini dilihat tampak akan memaparkan prestasi yang menakjubkan. Ia juga hadir dengan paparan skrin 6.39 inci full-HD+ AMOLED display dan disertakan dengan kapasiti bateri sebesar 4000mAh.

Lenovo masih tidak mendedahkan harga dan ketersediaan bagi peranti ini. Jadi sama-sama kita nantikan!!!

You might also like